Marudi

Marudi dari segi sejarahnya merupakan sebuah daripada pekan tertua di Sarawak, Malaysia. Kedudukannya yang strategik di kawasan yang kaya dengan sumber alam semula jadi khususnya bagi industri kayu balak & kini penanaman kelapa sawit sememangnya memperlihatkan peranan penting Marudi dalam pembangunan kawasan Baram.

Pekan Marudi

Marudi yang terletak di bahagian utara Bahagian Miri berhampiran Taman Negara Mulu hanya dapat dihubungkan dengan menggunakan pengangkutan udara (MASwings) dan sungai iaitu Batang Baram (menggunakan bot ekspres).

Batang Baram, adalah laluan utama ke kawasan Ulu Baram. Setiap hari beberapa bot ekspres mengadakan perjalanan dari Miri ke pekan Marudi (perjalanan mengambil masa 2 jam setengah dengan tambang RM25 sehala) & ke destinasi terakhir di kawasan Ulu Baram, iaitu pekan Long Lama (3 jam perjalanan).

Kini, Marudi juga dapat dihubungi dengan pengangkutan darat (melalui jalan pembalakan melalui ladang kelapa sawit) dari Miri sejauh 54 km iaitu sejam perjalanan. Perjalanan Miri ke Marudi kenderaan akan meredah jalan sawit yang dahulunya jalan pembalakkan tersebut terpaksa melalui Feri Sungai Bakong iaitu bersebelahan dengan kampung etnik iban Sg Arang dan Feri Batang baram iaitu kawasan yang dikenali sebagai nanga Ridan dan dikenakan caj.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search